Tuesday, January 20, 2015

RHIZOPLUS AZZAHRA...gout, resdung, migran dan banyak lagi




Apa tu??? haaa nilah produk muslim yang bagus dan mujarab untuk penyakit gout, resdung, migran, dan macam-macam lagi.   Tak percaya?  Kena percaya sebab saya juga dah percaya.  Ayah saya berbelas-belas tahun sakit gout boleh kata tiap2 bulan terpaksa papah ke klinik setiap kali diserang sakit gout ni.  Sakitnya memang sakit bukan kepalang, ayah samapai menangis setiap kali kena sakit ni.  Kaki bengkak mengening-gening tak boleh pijak bumi. Katanya seperti pisau atau jarum mencucuk2 dan menghiris daging.  Sebenarnya ialah asid uric yang tinggi telah membentuk hablur yang tajam2 itulah yang mencucuk dan menghiris tidu pada sendi-sendi anggota badan yang diserang.  Asalnya di ibujari kaki bawa  ke buku lali bawa ke lutut bawa ke jari tangan.  bermacam-macam dah cuba, akhirnya bertemu dengan RHIZOPLUS AZZARA.  Mahal juga, 1 kotak RM180, cuma ada 15 sachet jer.  Tp demi ayah tersayang, kuatkan semangat, beli 3 kotak terus, hg promosi RM360. 

Ayah makan 2 sachet bancuh dalam 1 gelas air 2 kali sehari.  Alhamdulillah selang 2 hari sakit yang mencucuk2 tu dah kurang.  Ayah dah boleh berjalan perlahan-lahan.  "Bagus ubat ni ina..nanti beli lagi ye tiap2 bulan ayah nak 3 kotak.."  Alhmdulillah, aku dah bertemu dengan yang dicari-cari selama ni.  Barang yang baik eloklah disebarluaskan, dikongsikan dengan yang memerlukan oleh mereka yang senasib dengan ayah.  Ayah ada kencing manis dan darah tinggi.  Tapi alhamdulillah tidak ada kesan sampingan dan sakit gout hilang.  Sekarang sudah 7 bulan ayah mengamalkan RHIZOPLUS AZZAHRA, tidak pernah lagi ayah diserang gout.  Aku masih bekalkan ayah setiap bulan 3 kotak RHIZOPLUS AZZAHRA, tetapi dos kini telah dikurangkan kepada 1 sachet 1 hari 1 kali sahaja.  InsyaaAllah, 2 bulan lagi kurangkan kepada 1 sachet, 2 hari sekali sahaja.  Semoga ayah bebas dari gout.  Aamiin.

Haaa kawan-kawan nak cuba atau boleh sahaja perkenalkan kepada ahli keluarga atau saudara mara yang kena sakit gout RHIZOPLUS AZZAHRA ni..insyaaALLAH kita sebenarnya membantu mereka untuk bebas dari GOUT. 

Harga RHIZOPLUS AZZAHRA sekotak RM180.  JANGAN RISAU.. sekarang ada promosi!!!

1 kotak RM150 (jimat RM30)
2 kotak RM270 (jimat RM90)
3 kotak RM360 (jimat RM180)

Hubungi saya, pengedar RHIZOPLUS AZZAHRA kawasan Seremban 019-6141962.

InsyaaALLAH anda juga boleh bebas dari GOUT!

Tuesday, September 16, 2014

JOMMMM...TAMAR COCOA

Lately rakyat Malaysia semakin sedar tentang MAKANAN HALAL.  Selama ini apa saja yang ada cop HALAL Jakim atau bukan Jakim, rmaai yang bedal jer.  Alhamdulillah, sekarang kadar kesedarannya tentang makanan HALAL yang sepatutnya telah meingkat dikalangan umat Islam di Malaysia.  Kenapa yer..? kerana terbongkarnya makanan keluaran syarikat non-muslim yang ada chop HALAL Jakim tapi tidak jujur berniaga.  Eh!! kenapa begitu?  Kerana peniaga2 in hanya menjaga HALAL pembuatan dan pengeluarannya semasa Jakim nak buat audit untuk menganugerahkan sijil Halal.  Hanya pada hari di audit sahaja yang terjada kualiti produknya...yang selebih 364 hari itu tiada pantauan
maka peniaga-peniaga yang kaki menipu dan nak cepat kaya ini telah mengabaikan segala peraturan HALAL.  Kita telah ditipu dan telah termakan makanan yang tidak HALAL.  Sedihnyer...

Haaa.. tapi takpe, ALLAH sentiasa tunjukkan kita jalan yang benar.   Kawan2 boleh cuba rangkaian produk halal keluaran Alhaddad ni.


Terjamin HALAL dan TOIYIBAH!  jangan ragu kerana syarikat ini dimiliki oleh 100% oleh melayu Islam begitu juga dgn pekerja2nya.
Mari saya perkenalkan satu persatu produknya.

 Produk terlaris ialah TAMAR COCOA.  Gabungan buah tamar (kurma) + koko, amat bagus utk otak dan minda.  Tamar adalah kesukaan Nabi Muhamad s.a.w.  Dengan minum air TAMAR COCOA ini, kita sebagai orang Islam telah mengikuti sunnah Nabi.  InsyaaAllah lebih diberkati.
TAMAR COCOA serbuk 900g
Harga pasaran RM21.  Harga ahli RM18


 Setiap makanan yg menjadi kesukaan Nabi Muhamad s.a.w.  pasti banyak khasiatnya.  Lihat info khasiat TAMAR COCOA ni... best kan!

Kawan2, tak mahal jika dibandingkan dgn jaminan HALAL, KHASIAT dan BERSIH pengilangannya.  Boleh diminum panas atau dengan ais, sejuk dan menyegarkan.  SEDAPPPP...ANAK2 PASTI SUKA!  HARGA PASARAN RM21 & HARGA AHLI RM18.  JOMMM..

Saturday, June 21, 2014

Photography

"wah...dapat hadiah kamera!" jerit adik-beradik termasuk emak & ayah.   Tak sangka aku boleh menang pulak pertanding photografi ni.  Merdeka & Raya... tak pernah pergi mana-mana kursus photograpy & teknik menggunakan DSLR.  Masa ambik gambar tu pun guna camera kawan, aku mmg tak mampu nak beli DSLR... tapi dah menang DSLR Nikon D3100, rezeki..rezeki..rezeki Allah nak bagi..tambah semangat nak .ni menang lagi.





Saturday, May 17, 2014

Masakan emak

"Ayah dah lama tak rasa gulai ikan sembilang yg macam emak ko buat....," luahan rasa ayah... dah hampir 7bln emak pulang ke rahmatullah...sejak itu mmg ayah tak merasa air tangan emak lg..
"Ami gi beli ikan sembilan 1 kilo, santan kelapa 1 biji, kunyit hidup, lada hijau 10 biji, lada api...kngah nak buat gulai ikan sembilang masak lemak cili api, pucuk paku 2 ikan ye, ayah teringin nak makan," aku minta adikku pergi pasar.  Aku pun dah lama tak asah skill memasak ni.. lagipun memang betul dah lama tak mkn gulai ikan sembilang ni...sedapnyerr..

Sebenarnya tak susah masak gulai ni. Beli ikan ni pun dah siap siang. Kita cuma bersihkan dan basuh dhn limau kasturi n garam.  Gaul2 dlm 2-5 minit dan basuh...untuk hilangkan hanyir n lendir pada badan ikan.  Yang leceh cuma menumbuk cili api n kunyit. Aku tak guna blender sebab rasa cili api n kunyit tu tidak sebati..otu lah gulai masak lemak cili api kalau beli di kedai nemang kurenggggg banyak..rasa macam makan air bukan gulai hehehee. 
Ikan dah bersih n tos air, kerat 2 dan masuk dlm periuk. Cilipi api n kunyit yg dah ceruh (lumat) masukkan dlm periuk n gaul sebati dgn ikan. Campak 1 keping asam keping n perah limau kasturi 2-3 biji dlm periuk tu. Kemudian kecutkan ikan tu atas api yg kecil... dah kecut n lada api nampak dah masak...masukkan santan n garam... ramai tak tau bahawa gulai masak lemak cili api ni kalau garam n asam tak cukup dia akan bertaik minyak..santan tak masak rata.  
Goreng pucuk paku...manis n lembut..
Gulai dah menggelegak baru masukkan lada hijau.  Kecilkan api tunggu sehingga masak...
Gulai masak lemak cili api ikan sembilang ..menu popular di NS. 
Aku judukan mkn gulai ni dgn goreng sayur pucuk paku...barulah terasa seperti di kampung macam zaman kecik2 dulu...
Alhamdulillah..ayah beriya makan gulai ni...

the green wings dragonflies

Dah lama tak menghirup oksijen yg segar...duduk tepi sungai...main air sungai yg sejuk n jernih...
"Jom bawak ayah gi lepak kat kaki gunung nuang, hulu langat...main air sungai...udara segar n nyaman...haaaaa," ajak adikku Net.
Pucuk dicita ulam mendatang....Let's go!
"Aku tak pernah sampai ke situ..apa yg best?" tanyaku penuh harapan.
"Tu tempat org jungle tracking...bawah tu ada sungai...saja bawak ayah rasa kesegaran hutan n sungai plak," jelas Net.
"Oooo ni tempat net jungle tracking dgn kawan2 ye...tp kereta boleh naik ke situ ke?" Tanyaku lg.
"Boleh lah...ada chalet utk trackers bermlm," jawab net.
Tempat berkumpul para trackers sblm jungle tracking... cantik n segar

Sungai pangsun yg jernih n sejuk...
Video di atas ialah rakaman amatuer by me....rakaman sekumpulan dragonflies yg unik kerana sayapnya nerwarna hijau...jarang aku temui..

Monday, May 12, 2014

Pengurusan Perniagaan Telekung lycra renda istimewa - sama tp tak serupa


 Ya betul...di pasar mlm...di facebook...di booth di celah2 ofis mahu dlm ofis...nampak sama dan dijual harga yg lebih murah.

"Tengoklah...saya jual rm90 je..," tawarnya kpd ku. 
Hmmmm murah skit dr telekung yg aku jual... Tapi Opptss... nanti dulu.

TAK SERUPA sebenarnya... material especially, kain telekung lycra renda yg aku jual ni lebih halus dan sedikit berkilat.. harga lycra jenis ini mmg agak mahal berbanding jenis lycra biasa...kualitinya lebih baik lg...  :))




Monday, May 5, 2014

Rekreasi minda 1: Pantai Pengkalan Balak, Melaka

"Jom kita bawak ayah gi berehat cuti2 kat pantai nak?" cadangan dari adikku Fahmi.
"Kesian tengok ayah tak berjalan-jalan asik duk je kat rumah..." sambungnya lagi.
"OK..jom tapi kngah nak chalet yang buka pintu terus nampak laut..." sambutku cepat.
"Jom kita gi pantai Pengkalan Balak.  Kat sana byk chalet semuanya dekat dengan pantai dan banyak kedai makanan Melayu. Anak2 nak gi mandi lautpun dekat je depan chalet.  Ayah tentu suka boleh duduk baca suratkhabat kat tepi pantai sambil tengok cucu2nya main pasir dan maindi laut.." tambahku lagi.
"Kalau boleh nak kedai makan yang dekat dengan chalet jg...kita kena ambikira faktor ayah tak boleh jalan jauh...kesian ayah," sambungku lagi.

Dalam masa yang sama aku perlu menghirup udara yang lain daripada di ofis dan di rumah...rekreasi minda supaya otak kepala ni rasa lega dan relax...untuk dapatkan semula mood membaca dan berfikir untuk research.

"Kau kena juga sekali-sekala pergi berjalan-jalan keluar bagi otak tu rehat, release tension dan santai... Tak boleh paksa fokus je pada research, bahaya tau...nanti putus wayar lansung tak boleh buat apa2..," seloroh Dr Zam-Zam, rakan sepejabat yang dah dapat 'DR'.  "eh...saya bagitau ni betul ni...kena adakan masa rekreasi minda, rehat untuk melegakan otak.  Kemudian sambung balik buat research tu...jaga kesihatan." nasihat ikhlas dari Dr Zam-Zam.

Isshhhhkkk...takut aku putus wayar.  Oklah tu elok sangat cadangan fahmi gi bawak ayah berehat di tepi antai...akupun boleh berehat sama, relaxkan fikiran.  Tak rugi apapun..sebaliknya untung berganda!  Untung kerana dapat gembirakan hati ayah, adik2 dan anak-anak buah.  Untung kerana aku sendiripun sama dapat tenangkan fikiran. Untung di dunia dapat dan untung di akhiratpun dapat juga..yesss!

Pantai Pengkalan Balak here we come!!

Santai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah...





Friday, May 2, 2014

Kelas 1. Mengaji Alquran.. :)

Dah lama teringin nak tau mengaji alquran dengan bacaan yang betul... tapi kenapa tidak terlintas di hati untuk betul2 berusaha ke arah itu... Selama ini aku mengaji sendiri2 dengan berpandukan kepada kelas ngaji semasa kecil di kampung, ketika aku masih sekolah rendah... Tapi hati betul2 insaf dan terbuka untuk mengaji dengan bacaan yang betul semasa di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah..rasa terpukul melihat suasana jemaah yang mengaji sebelum solat dan sesudah solat... Aku ingin sekali berada bersama golongan itu..merasai ketenangan dan keseronok membaca Alquran...ilmu panduan yang Allah turunkan kepada umatNya termasuk aku.

Alquran & buku belajar tajwid..

Sebagai umat Islam yang percayakan Allah, semestinya kita tahu membaca Alquran dengan betul dan sepatutnya tahu apakah isi yang terkandung dalam Alquran...barulah kita tahu, faham dan nampak kenapa Alquran itu diturunkan kepada kita...betul tak?

Sehinggalah suatu hari... aku tak dapat nak membendung keinginan untuk mengaji Alquran ini, mengetahui bacaan yang betul dan mengetahui isinya... Alquran yang ada panduan tajwid dan wakaf, begitu terjemahan Alquran siap asbabun nuzul & hadis sahih dah aku beli...mengaji hari...tapi hati masih tertanya-tanya..tidak yakin..betul ke salah..aku terdengar ceramah agama di TV Alhijrah..."memang ramai yang boleh mengaji...tapi adakah betul atau tidak bacaannya...itu amat PENTING.." kata ustaz dalam tv tu..."kalau kita mengaji sedekah untuk ibu bapa yang telah meninggal...memang bagus sekali... tapi jika bacaannya salah, kesiankan ibubapa kita....."   Hmmmmm betul tu...ibarat buat kerja yang sia2 kerana bacaan yang salah tidak ada maknanya malahan mungkin akan membawa maksud yang sebaliknya...  Ya Allah..ampunkanlah aku...

"boleh tak tolong dengar saya baca Alquran ni.." tanyaku kepada seorang rakan di pejabat... Sesorang yang aku tak pernah bertegursapa..sekadar kenal pada wajahnya, dia baik, sopan...
"saya tak layak nak ajar orang ngaji ni...saya sendiripun belajar," jawabnya jujur.
"O ye ke? Kat mana?" segera aku ajukan soalan itu.
"Dekat Masjid Putrajaya, setiap Isnin pukul 8 mlm hingga 10.30 mlm..jomlah sekali," ajaknya ikhlas.
"Ok nanti nak ikut isnin depan ye..." sambut dengan gembira.   Seronoknyerrrrrrr....alhamdulillah Allah dah tunaikan salah satu dari hajatku...

 
Alquran yang mempunyai tanda warna2 pada ayat2 tertentu sebagai petunjuk untuk wakaf jika nafas tak cukup.. :)
 
Terjemahan Alquran jenama Humairah.. ada terjemahan, Asbabun Nuzul dan  hadis sahih... 


Tajwid...
Jommmmmm kita gi kelas mengaji Alquran   :))








Thursday, April 24, 2014

Pengurusan perniagaan 2 - SABUN & SOFTENER

Aku pertama kali diperkenalkan dengan sabun murah tapi OK ini dari adikku Ayu... sebelum ini aku sentiasa guna sabun berjenama terkenal kerana aku concern tentang kebersihan pakaian yang sudah dicuci.  Kalau pakai sabun serbun selalu berkesudahan baju aku bertompok2 putih... Tapi beli sabun cecair yang popular pulak harganya aku tak tahan...tapi hasilnya sama je.  Kalu tak diberus betul2 kotor masih ada.   Sabun yang adikku pekenalkan ini harga yang aku mampu tapi aku rasa sama je kualiti kebersihannya dengan sabun berjenama popular yang biasa aku guna sebelum ini..

Jadi....aku buat keputusan tukar kepada sabun ini dan sehingga kini sudah hampir 2 tahun aku serta beradikku yang lain masih lagi menggunakannya. 

Haaa....sekarang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan yang berminat..  perkenalkan pencuci dan pelembut pakaian berjenama SABUN &SOFTENER..  hehehe itulah jenamanya.



Nama-nama sabun & softener:
1.   Sabun / softener PINK - miliki haruman ROSE
2.   Sabun / Softner PURPLE - miliki haruman LEVENDER
3.   Sabun / softener KUNING - miliki haruman LEMON
4.   Sabun / softener BIRU - miliki haruman original

Berminat? Nak order?  ;) senang jerrr...

Kaedah jual-beli:
1.  Order melalui emel kepada  noorlina2010@yahoo.com
  •  Nyata warna sabun / softener yang anda suka.
  •  Nyata bilangan botol yang anda mahu.
  •  Attached slip bank-in bayaran sabun yang telah anda buat.
  •  Bank-in jumlah bayaran kos sabun / softener kepada akaun Maybank 155041712455 (HARLINA)
2.  Optss...  Tiada khidmat penghantaran atau pos, datang ambil sendiri di rumah saya OK.
3.  Harga/botol  = RM30 sebotol
4.  untuk pengetahuan anda... sabun ini dijual dalam botol yang standard size yang boleh diisi dalam lebih kurang 9-10 liter cecair.

Kawan saya telah order sabu / softener dari saya pernah cuba membeli secara online dari supplier lain tetapi kembali order dengan saya kerana dia dapati sabun yang dibeli itu cair dan kurang wangi berbanding dengan yang order dari saya.

Selamat mencuba  :)



  
















 


Sunday, February 2, 2014

Pengurusan masa 6

Tak boleh jadi ni..... sampai bila pulak offismate aku nak faham keadaan aku yang tunggang langgang dgn assignment dan perlu hantar proposal defend ni...? Sampai bila pulak aku nak minta dikecualikan dari sebarang aktiviti atau meeting... adoiiiii... sesak nafas...

"bos...aku terpaksa mohon cuti tanpa gaji, 2-3 bulan nak siapkan proposal untuk defend.  Aku kena defend proposal bulan Julai ni...  Sama ada ko setuju atau tidak aku tetap cuti tanpa gaji."  Keras je bunyi ayat2 aku...nasiblah bos, aku tengah tension ni.  Tolong jangan tambah tension yg semakin membukit dalam kepala aku ni...

"OK mohonlah...tp check dengan admin..takut ada masalah nanti.." ringkas jawaban bos.

Yesss... aku plan cuti 2 bulan tanpa gaji mulai Jun hingga end of July 2014 ni.  Sehingga bulan Mei aku ada cuti yang layak diambil dan perlu diambil sebanyak 21 hari.  Daripada 21 hari ini aku telah ambil 7 hari kerana nak siapkan assignment dan release tention...bermakna aku ada 14 hari untuk habiskan cuti dalam bulan Mei.  Ini bermakna aku akan dapat gaji penuh pada bulan Mei dan tidak akan dapat gaji pada bulan Jun & Julai.  So...aku ada bulan feb, mac, april & mei untuk kumpul duit belanja bagi 2 bulan yang tak dapat gaji tu.  hmmmmmmm insyaaAllah boleh kot...

Banyaknyalah dugaan buat PhD ni...ikut hati memang dah tak tahan dah...mahu je aku berhenti sekarang...

Takpe aku cuba selagi boleh... Ya Allah permudahkanlah urusan ku mendapatkan PhD ni..

Friday, January 10, 2014

Pengurusan masa 5

"Prof, saya nak mohon pertimbangan dari Prof untuk hantar assignments lewat 2-3 minggu, boleh?" menggeletar jari-jari aku menaip text dan wasap kpd Prof.  Besok dateline semua assignment 6 Jan.

"Lewat hantar dapat B je. Partner you Aida akan turun grade.  Kalau grade A, jadi A-. Kalau A-, jatuh grade jadi B+ dan seterusnya." balas Prof.  Terasa seperti aku telah dijatuhkan hukum mati gantung tak bertali....Ya Allah...tolonglah aku.

"Prof, saya tak kisah tak dapat A asalkan saya dapat teruskan pengajian...Tapi bacalah penjelasan saya ni:
1.  Kumpulan kami kecil je cuma berdua.  Dulu Radhi ada tapi Radhi dah drop subjek ni.  Group lain semua ramai ada 3-4 orang.  Kumpulan kecil macam kami perlukan masa yang lebih berbanding kumpulan lain.
2.  Saya bukan student sepenuh masa Prof.  Saya juga bekerja.  Saya faham prof bagi masa 3 minggu.  Tapi memang benar beberapa minggu kebelakangan ini saya macam-macam meeting dan lain-lain kena buat.  Jabatan nak mohon struktur/perjawatan baharu.  Jadi kena buat justifikasi dan hadir ke meeting2nya.
3.  Saya juga uruskan bapa saya yang dah uzur.
4.  Saya juga uruskan kereta yang rosak.
5.  Aida bagi kepada saya lewat untuk saya semak dan tambah paper pilot test kami."
Ku berharap sangat-sangat Prof boleh timbang-timbangkan.

"Sorry, saya memang strict pasal dateline ni.." robek dan luluh jantungku dengan jawapan ini.

Akukah yang bersalah...memang benar aku tidak pandai menguruskan masa.  Mungkin juga sebab aku tak sepandai orang lain tu yang jadi lembab sangat nak menyiapkan assignment.  Orang lain agaknya 1 hari dah siap. hmmmmmmmmmmm.. tak tahan!!!!! uwaaaaaaa...   :'(






Sunday, January 5, 2014

pengurusan perniagaan 1 - Telekung lycra berlace

Haa ini boleh bantu aku biaya kos pengajianku...bisik hatiku ketika melihatnya.... TELEKUNG LYCRA RENDA yg selama ini kuidam-idamkan untuk memakainya.

Kenapa telekung ini dan tidak yg lain?
Mudah aje jawapannya:
1. Tidak renyuk/berkedut2
2. Menutup mukaku n daguku dgn rapi n lembut
3. Tidak jarang
4. Amat lembut n selesa memakai
5. Labuh
6. Lace/rendanya lembut
7. Cantik
8. Harga yg berpatutan
Kesimpulannya telekung yg yang menutup aurat, selesa n meyakinkan.


Wahhhh...inilah perniagaanku secara kecil-kecilan. Aku tak mahu mark-up harga sampai tinggi.  Polisi perniagaanku ialah slim profit but fat in sales... maksudnya untung sedikit kerana harga yang rendah.  Harga rendah kerana aku ingin lebih ramai kaum sejenisku sama2 dapat memakai telekung ini.  Bila harga adalah berpatutan dan mampu untuk membelinya...pasti ramai yang akan mencarinya tambah lagi bila telah menggunakannya. Ya, objektifnya ialah aku mahu lebih ramai wanita dapat membelinya secara COD (cash on delivery)...tiada bayaran ansuran kerana aku telah letak harga yg rendah. Sudah tentu ada kos pos/pengangkutan.






Warna hitam idamanku...kain lycra yg lembu, menutup dagu, tidak jarang dan tak perlu memakai anak telekung.  Cukup mudah memakai n selesa. Aku yakin memakainya semasa solat2ku.


Pelbagai warna dan renda yg lembut 

Renda pada telekung adalah pelbagai design dan sentiasa berubah-ubah..
BERMINAT? BERKENAN? Boleh order mengikut pilihan warna di color palette ni...





Saturday, January 4, 2014

kura-kura dalam perahu

"Assalamualaikum En Mutawif. Saya nak tanya kalau kawan saya perempuan dan juga adalah saudara sebelah emak nak tido sebilik bersama saya dan ayah saya semasa umrah nanti boleh ke?  Adakah ayah saya dikira mahram kepada kawan saya?" soalan-soalan aku ajukan kepada mutawif ku...kesian pulak tengok kawan aku. Hari tu sebelum booking aku dah ajak g sama tak mau.

"Ina, kawan tu saudara adik-beradik ke sepupu ke dengan mak ke?" tanya en mutawif.
"eerrrmmmm bukan sepupu bukan adikberadik kira saudara sekampung la," jawapku spontan.
"oooii tak boleh tu sebilik dengan ina. Sebab ayah ina boleh nikah dengan kawan ina...walapun umur ayah ina dah 90 thn." jawabnya berseloroh.
"eehh ayah ina dah tak terdaya dah..dah tak larat tu," jawab ku ikhlas.
"hahahahaaa siapa kata dia tak larat...jangan...boleh lagi tu!" selamba aje jawapan en mutawif ni.
"hehehe kalau kawan ina tu umur 90 tahun sama-sama dah tak larat, boleh tak dia sebilik dengan ina dan ayah?" aku duga mutawif ni...
"tetap tak boleh ina oii...hukum adalah hukum." jawabnya tepat.  I likeeeee that phrase "hukum tetap hukum".  Sungguh terkesan dihati.

"Oklah. maknanya memang kawan ina tak boleh sebilik dengan ina.  Takpelah dia masuk bilik dengan orang lain lah en mutawif ye." keputusanku buat sendiri.

"Beritahu kawan tu...Saya bersedia untuk jadi mahram", tetiba en mutawif wasap aku.
"En mutawif bersedia jadi mahram yang macamana agaknya tu?" saja ku asak dia dengan soalan ni.
"Kura-kura dalam perahu." balasnya.  
Alamak apa pulak maknanya ni.   Kalau pisang emas dibawa belayar  aku taulah.  hmmm...
"mahram sepanjat hayat." sambungnya lagi.
Apasal tak berterus terang, kenapa mesti aku jawap teka-teki yang pelik ni.
"en mutawif, saya ni belajar akaunting je, Pepatah-petitih ni saya tak tau la," ku berterus-terang.
"kahwin ke?" tanya ku ingin kepastian.
"hehehe," gelak en mutawif.
"Gelak tu tidak menjawap soalan saya," noktah dariku.

En mutawif senyap tak membalas...hmmmmm sibuk uruskan jemaah umrah di KLIA yang akan ke Madinah petang ni.  Semoga Allah permudahkan urusan en mutawif di sana, amiin.

"kura-kura dalam perahu" bermain-main di fikiranku...




pengurusan kewangan 4

"Dukacita dimaklumkan permohonan geran tidak berjaya.." rosak, rosak, rosak plan aku. Manalah aku nak raba duit yuran pengajian next sem?  Ya Allah murahkanlah rezekiku..amiin"
Letih lah nak mengarang lagi untuk mohon geran research ni..kita penat karang n rancang orang lain plak yang guna untuk research dia...bosan.  hmmmmmmmmmm mana nak cari duit ni???




Tuesday, December 24, 2013

Pengurusan kewangan 2

POSTGRADUATE ACADEMIC CALENDAR FOR 2ND SEMESTERS PER ACADEMIC SESSION 2013/2014
(APPLIES IN UUM SINTOK)

Renewal of registration and course registration for returning postgraduate students  :   
12 February – 2 March 2014 (2 weeks)

Last day for students to settle the fees for the current semester: 

Termenung aku tengok jadual akademik postgraduate ni... 2 perkara timbul di hati.  Pertamanya: yesss seronoknya kalau dapat sambung belajar ke semester 2...bermakna aku telah lulus dengan jayanya 2 subjek wajib.  Keduanya:  mana nak ambik duit nak bayar yuran pengajian??? 

Hmmmmmmmmmmmmmm.....macamana nak buat ni?

17 Mac 2014 hari terakhir bayar yuran. Maknanya gaji bulan Februari boleh guna bayar yuran.  Tapi aku dah daftar gi umrah 8 Mac 2014.  Duit umrahpun masih terkial-kial nak cari.  Tak boleh batalkan umrah...itu ibadah dan aku sendiri memang perlu bermunajat di rumah Allah.  Aku rindukan suasana beribadah di Masjidil Haram tambah lagi kali ini nak pergi dengan ayah tersayang.  Bulan Mei 2013 aku pergi umrah dengan arwah Ibu tersayang...dan mendapat didikan yang terbaik dari Allah dan Ibu di sana.  Alhamdulillah..

OK berbalik semula kepada pengurusan kewangan 2 ini.  Macamana aku nak settlekan yuran pengajian bagi semester ke-2 ni?  Bonus dapat bulan Januari dah masuk peruntuk untuk gi umrah, tak boleh usik.  Potongan gaji ke tabung haji juga akan guna untuk gi umrah. Gaji Disember, Januari dan Februari juga adalah untuk gi umrah.  Duit sewa rumah juga untuk umrah.  Errmmm kat mana pulak nak raba duit yuran pengajian ni? Cuma RM1500 je pun aku tak mampu nampaknya...

Tangguh semester???

pengurusan masa 4

Macam tak percaya je.. dalam aku kelam kabut dengan mencari tiket bass ekspress, book bilik hotel n book kereta sewa...tup-tup aku dah berada di penghujung semester.  Cepatnya masa berlalu..proposal masih tak siap2.  Bos dah bantai bercuti 2 minggu plak.  Time2 nak mohon struktur baru nilah dia cuti panjang...2 minggu tu cukup lama kerana aku terpaksa memikul mana-mana kerja yang aku sendiripun tak berapa tau rasanya heheheee.  Yang aku risau ni masa langsung takde untuk assignment and writing proposal.

"Tahun depan U defend proposal tau!" sergah Prof Dr Sofian sambil matanya tajam memandang aku.  Tiba-tiba aku rasa diri aku semakin kecil di sebalik bajuku yang besar ni.  Kering rasa tekak berpeluh rasa ketiak! "Bulan bila U nak defend?"..."errmmm bula Mei 2014 saya defend," adoiiiii mulut ni kalau tak menjawab tak sah.. ambik kau, sempat ke bulan Mei? Rasa macam nak tukar ke bulan Disember 2014.  Kalau boleh pilih tarikh nak defend proposal pada 31 Disember 2014... Kena cari idea macamana nak merayu kat Prof yang aku nak defend proposal lewat tahun depan.

Masalahnya, aku ni lulus ke 2 subjek wajib tu? Memanglah kelas dah habis tapi assignment melambak tak hantar lagi...kena lulus B plak tu baru boleh sambung semester baru.  Kalu tak lulus B bakal say "bye bye" to PhD.  Markah B ialah 79-85 kalau tak silap aku...perrgghhh tinggi tu bang! Orang lain 80 dah A, ni aku 85 pun B?! Hmmmmmmmmmmm.....boleh dapat ke?  Ya ALLAH, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah urusan PhD ku ini. Amiin.


Saturday, December 21, 2013

pengurusan masa 3

"Please bare in mind that research for PhD is a process...not to win a noble prize!"  Alamak....Prof ni perli aku ni..."boleh buat tajuk tu tp 10 thn baru siap..." kata Prof lagi khas di tujukan kepadaku student yang paling tua dalam kelas.  10 tahun??? Errrmm aku dah pencen baru siap research...heheheeee aku tersengih2 malu di depan kelas. Lulus ke tak subjek ni? Aku tak kisah tak dapat A...luluspun dah Alhamdulillah. Janji aku boleh sambung pengajian ke semester berikutnya.

6 jan 2014 kena hantar tugasan kelas research method:
1. Proposal research bab 1 & 3
2. Open book test
3. Instrument dan analisis data pilot text.

Prof ni dah tau aku partime...masa memang amat terhad macam2 pulak lah dia nak..geramnyerrr... tapi bila fikir balik ada hikmahnya. Kalau takde tugasan ni semua jawabnya tutup terus research aku ni hahahaa.

Friday, December 20, 2013

Pengurusan masa 2

"Itu ialah senarai nama-nama yang belum hantar Tugasan Kelas Penulisan Akademik,"...terpapar dalam whatapps group Penulisan Akademik tu aku ada 3 lagi tugasan tak hantar...  Aikkss, bukan ke aku dah hantar tugasan 1? aku cuma belum hantar tugasan individu 2 dan individu 3 (dua2 menulis 1000 dan 4000 patah perkataan).  Hari selasa dah print dah 2-3 article journal nak review...ntah apasal aku kena plak wakilkan bos meeting struktur baru hari rabu sebab bos ada berkursus di Terengganu...macam la aku tau sangat benda tu.  Dan tak pasal jugalah aku kena ikut bos meeting perbincangan dengan JPA. Dan tak pasal jugak aku kena hadir meeting perbincangan justifikasi struktur baru huhuhuuuu.  Sampai ke petang.  Kul 5.30 baru balik.

Macamana aku nak siapkan tugasan2 ni?  Malam ni dah nak gi ambik ayah nak gi tidor kat rumah Fahmi di Seremban.  Pagi2 besok nak balik kampung, dah lama tak jengok rumah di kampung dan jengok kubur ibu. Weekend kali ini ialah waktu bersanggang dengan ayah...kesian ayah terperuk je kat flat PPR tu tak berjalan-jalan.  Kalau bukan kita anak2 yang bawak berjalan jawab ayah tak ke mana-mana.  Kesian ayah..sunyi ibu dah takde.  Takde teman nak berbual, bergurau dan bergaduh.  Boleh aku bayangkan kesunyian ayah.

Perbincangan ditutup dengan perbincangan ke-2 hari isnin depan, adoiiiii...selagi tak dibentangkan depan JPA ni selagi tu lah justifikasi kena dimantapkan.  Apakah kelemahan/kekurangan struktur sekarang maka kita memerlukan perubahan kepada struktur baharu.  

Nampaknya simpan dululah tugasan2 Penulisan Akademik ni.... :(

Thursday, December 19, 2013

Pengurusan kewangan

Sekali pergi kelas perlu duit dalam RM250.  Pecahannya:
 
                        1.   Tambang bas                 rm110
                        2.   Bilik hotel                      rm40   
                        3.   Sewa Kancil                  rm50
                        4.   Tambang teksi dari         rm24
                              Putra Central ke rumah
                        5.   Makan minum                rm30

Itu kalau tidak bermalam di Changlun.   Tiap2 minggu kena gi kelas sehingga habis semester.   Sebulan kena simpan sekurang2nya RM1000 khas untuk ke kelas di UUM.  Masalahnya aku tak dapat biasiswa penuh kerana belajar partime jer..nak mohon biasiswa penuh umur dah lebih had biasiswa penuh.


 Mampukah aku ni...gaji tak seberapa, hutang rumah, kereta, personal bank, kredit kad...hmmmmmm  :(
Keputusannya, tetap gi kelas dan pergunakan 20% dari kehadiran kelas untuk ponteng (hehehe) bagi cover perbelanjaan  bulanan yang ketat ni.  Of course kalau bajet cukup, aku takkan ponteng!





                                                                                                           


Pengurusan masa 1

"U kena ada pengurusan masa yang betul.." adoiiii....terasa macam penampar hinggap ke muka...itulah kata2 penyeliaku Prof. Dr. Sofian.  Ligat kotak kepala berfikir...pengurusan masakah yang menjadi masalah ku sekarang?   Rasanya duit paling penting, takde duit alamat tak ke kelas lah... 2 subjek wajib untuk PhD by Research. 

Tak taulah, menyesal ke suka ke takdir ke..."pokoknya kelas kena attend atau fail, pilihlah," lagi sekali kena penampar Prof.  Sakitnyaaaa kepala.  Mesti buat keputusan, berhenti atau teruskan.

Kena NEKAD dan TAWAKAL..aku daftar juga 2 subjek tu sebab aku nak juga PhD tu..ntah kemaruk apa aku pun tak tau..  Selesai 1 masalah.  Timbul masalah lain. Macamana nak gi kelas 400km jauhnya tu...? OK cari jadual subjek tersebut yang jatuh weekend je sebabnya aku bekerja Isnin-Jumaat. Selesai 1 lagi masalah timbul lagi masalah lain.  Macamana gi kelas di UUM Sintok Kedah, sedangkan aku tinggal dan bekerja di Putrajaya?  Selama ni ke hulu-ke hilir drive sendiri.  Nak drive kosnya kussss semangat, pergi-balik dah cecah RM600 belum masuk penginapan dan makan. 

Naik bas ekspress.  Ngerinyerr.. dah lebih 10 tahun tak naik bas, nak beli tiketpun pun dah tak tahu caranya heheheheee.  Ya, Allah tolonglah aku, kuatkanlah semangatku.  Apalagi, google lah! Tiket pertama bas ekspress ke Changlun, Kedah. Mahalnya RM110.00 pergi balik.  Jumaat malam kul 10 naik bas sampai Changlun kul 5 pg.  Balik Sabtu mlm kul 10 dan sampai Putrajaya kul 5pg.  Tawakal, niat baik nak pergi menimba ilmu kerana Allah ta'ala.  Mohon Allah lindungilah perjalananku dan permudahkan urusanku....UUM here I come!