Friday, January 10, 2014

Pengurusan masa 5

"Prof, saya nak mohon pertimbangan dari Prof untuk hantar assignments lewat 2-3 minggu, boleh?" menggeletar jari-jari aku menaip text dan wasap kpd Prof.  Besok dateline semua assignment 6 Jan.

"Lewat hantar dapat B je. Partner you Aida akan turun grade.  Kalau grade A, jadi A-. Kalau A-, jatuh grade jadi B+ dan seterusnya." balas Prof.  Terasa seperti aku telah dijatuhkan hukum mati gantung tak bertali....Ya Allah...tolonglah aku.

"Prof, saya tak kisah tak dapat A asalkan saya dapat teruskan pengajian...Tapi bacalah penjelasan saya ni:
1.  Kumpulan kami kecil je cuma berdua.  Dulu Radhi ada tapi Radhi dah drop subjek ni.  Group lain semua ramai ada 3-4 orang.  Kumpulan kecil macam kami perlukan masa yang lebih berbanding kumpulan lain.
2.  Saya bukan student sepenuh masa Prof.  Saya juga bekerja.  Saya faham prof bagi masa 3 minggu.  Tapi memang benar beberapa minggu kebelakangan ini saya macam-macam meeting dan lain-lain kena buat.  Jabatan nak mohon struktur/perjawatan baharu.  Jadi kena buat justifikasi dan hadir ke meeting2nya.
3.  Saya juga uruskan bapa saya yang dah uzur.
4.  Saya juga uruskan kereta yang rosak.
5.  Aida bagi kepada saya lewat untuk saya semak dan tambah paper pilot test kami."
Ku berharap sangat-sangat Prof boleh timbang-timbangkan.

"Sorry, saya memang strict pasal dateline ni.." robek dan luluh jantungku dengan jawapan ini.

Akukah yang bersalah...memang benar aku tidak pandai menguruskan masa.  Mungkin juga sebab aku tak sepandai orang lain tu yang jadi lembab sangat nak menyiapkan assignment.  Orang lain agaknya 1 hari dah siap. hmmmmmmmmmmm.. tak tahan!!!!! uwaaaaaaa...   :'(






No comments:

Post a Comment