"Kesian tengok ayah tak berjalan-jalan asik duk je kat rumah..." sambungnya lagi.
"OK..jom tapi kngah nak chalet yang buka pintu terus nampak laut..." sambutku cepat.
"Jom kita gi pantai Pengkalan Balak. Kat sana byk chalet semuanya dekat dengan pantai dan banyak kedai makanan Melayu. Anak2 nak gi mandi lautpun dekat je depan chalet. Ayah tentu suka boleh duduk baca suratkhabat kat tepi pantai sambil tengok cucu2nya main pasir dan maindi laut.." tambahku lagi.
"Kalau boleh nak kedai makan yang dekat dengan chalet jg...kita kena ambikira faktor ayah tak boleh jalan jauh...kesian ayah," sambungku lagi.
Dalam masa yang sama aku perlu menghirup udara yang lain daripada di ofis dan di rumah...rekreasi minda supaya otak kepala ni rasa lega dan relax...untuk dapatkan semula mood membaca dan berfikir untuk research.
"Kau kena juga sekali-sekala pergi berjalan-jalan keluar bagi otak tu rehat, release tension dan santai... Tak boleh paksa fokus je pada research, bahaya tau...nanti putus wayar lansung tak boleh buat apa2..," seloroh Dr Zam-Zam, rakan sepejabat yang dah dapat 'DR'. "eh...saya bagitau ni betul ni...kena adakan masa rekreasi minda, rehat untuk melegakan otak. Kemudian sambung balik buat research tu...jaga kesihatan." nasihat ikhlas dari Dr Zam-Zam.
Isshhhhkkk...takut aku putus wayar. Oklah tu elok sangat cadangan fahmi gi bawak ayah berehat di tepi antai...akupun boleh berehat sama, relaxkan fikiran. Tak rugi apapun..sebaliknya untung berganda! Untung kerana dapat gembirakan hati ayah, adik2 dan anak-anak buah. Untung kerana aku sendiripun sama dapat tenangkan fikiran. Untung di dunia dapat dan untung di akhiratpun dapat juga..yesss!
Pantai Pengkalan Balak here we come!!
![]() |
Santai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah... |
No comments:
Post a Comment