"Itu ialah senarai nama-nama yang belum hantar Tugasan Kelas Penulisan Akademik,"...terpapar dalam whatapps group Penulisan Akademik tu aku ada 3 lagi tugasan tak hantar... Aikkss, bukan ke aku dah hantar tugasan 1? aku cuma belum hantar tugasan individu 2 dan individu 3 (dua2 menulis 1000 dan 4000 patah perkataan). Hari selasa dah print dah 2-3 article journal nak review...ntah apasal aku kena plak wakilkan bos meeting struktur baru hari rabu sebab bos ada berkursus di Terengganu...macam la aku tau sangat benda tu. Dan tak pasal jugalah aku kena ikut bos meeting perbincangan dengan JPA. Dan tak pasal jugak aku kena hadir meeting perbincangan justifikasi struktur baru huhuhuuuu. Sampai ke petang. Kul 5.30 baru balik.
Macamana aku nak siapkan tugasan2 ni? Malam ni dah nak gi ambik ayah nak gi tidor kat rumah Fahmi di Seremban. Pagi2 besok nak balik kampung, dah lama tak jengok rumah di kampung dan jengok kubur ibu. Weekend kali ini ialah waktu bersanggang dengan ayah...kesian ayah terperuk je kat flat PPR tu tak berjalan-jalan. Kalau bukan kita anak2 yang bawak berjalan jawab ayah tak ke mana-mana. Kesian ayah..sunyi ibu dah takde. Takde teman nak berbual, bergurau dan bergaduh. Boleh aku bayangkan kesunyian ayah.
Perbincangan ditutup dengan perbincangan ke-2 hari isnin depan, adoiiiii...selagi tak dibentangkan depan JPA ni selagi tu lah justifikasi kena dimantapkan. Apakah kelemahan/kekurangan struktur sekarang maka kita memerlukan perubahan kepada struktur baharu.
Nampaknya simpan dululah tugasan2 Penulisan Akademik ni.... :(
No comments:
Post a Comment