"Assalamualaikum En Mutawif. Saya nak tanya kalau kawan saya perempuan dan juga adalah saudara sebelah emak nak tido sebilik bersama saya dan ayah saya semasa umrah nanti boleh ke? Adakah ayah saya dikira mahram kepada kawan saya?" soalan-soalan aku ajukan kepada mutawif ku...kesian pulak tengok kawan aku. Hari tu sebelum booking aku dah ajak g sama tak mau.
"Ina, kawan tu saudara adik-beradik ke sepupu ke dengan mak ke?" tanya en mutawif.
"eerrrmmmm bukan sepupu bukan adikberadik kira saudara sekampung la," jawapku spontan.
"oooii tak boleh tu sebilik dengan ina. Sebab ayah ina boleh nikah dengan kawan ina...walapun umur ayah ina dah 90 thn." jawabnya berseloroh.
"eehh ayah ina dah tak terdaya dah..dah tak larat tu," jawab ku ikhlas.
"hahahahaaa siapa kata dia tak larat...jangan...boleh lagi tu!" selamba aje jawapan en mutawif ni.
"hehehe kalau kawan ina tu umur 90 tahun sama-sama dah tak larat, boleh tak dia sebilik dengan ina dan ayah?" aku duga mutawif ni...
"tetap tak boleh ina oii...hukum adalah hukum." jawabnya tepat. I likeeeee that phrase "hukum tetap hukum". Sungguh terkesan dihati.
"Oklah. maknanya memang kawan ina tak boleh sebilik dengan ina. Takpelah dia masuk bilik dengan orang lain lah en mutawif ye." keputusanku buat sendiri.
"Beritahu kawan tu...Saya bersedia untuk jadi mahram", tetiba en mutawif wasap aku.
"En mutawif bersedia jadi mahram yang macamana agaknya tu?" saja ku asak dia dengan soalan ni.
"Kura-kura dalam perahu." balasnya.
Alamak apa pulak maknanya ni. Kalau pisang emas dibawa belayar aku taulah. hmmm...
"mahram sepanjat hayat." sambungnya lagi.
Apasal tak berterus terang, kenapa mesti aku jawap teka-teki yang pelik ni.
"en mutawif, saya ni belajar akaunting je, Pepatah-petitih ni saya tak tau la," ku berterus-terang.
"kahwin ke?" tanya ku ingin kepastian.
"hehehe," gelak en mutawif.
"Gelak tu tidak menjawap soalan saya," noktah dariku.
En mutawif senyap tak membalas...hmmmmm sibuk uruskan jemaah umrah di KLIA yang akan ke Madinah petang ni. Semoga Allah permudahkan urusan en mutawif di sana, amiin.
"kura-kura dalam perahu" bermain-main di fikiranku...
No comments:
Post a Comment