Sunday, February 2, 2014

Pengurusan masa 6

Tak boleh jadi ni..... sampai bila pulak offismate aku nak faham keadaan aku yang tunggang langgang dgn assignment dan perlu hantar proposal defend ni...? Sampai bila pulak aku nak minta dikecualikan dari sebarang aktiviti atau meeting... adoiiiii... sesak nafas...

"bos...aku terpaksa mohon cuti tanpa gaji, 2-3 bulan nak siapkan proposal untuk defend.  Aku kena defend proposal bulan Julai ni...  Sama ada ko setuju atau tidak aku tetap cuti tanpa gaji."  Keras je bunyi ayat2 aku...nasiblah bos, aku tengah tension ni.  Tolong jangan tambah tension yg semakin membukit dalam kepala aku ni...

"OK mohonlah...tp check dengan admin..takut ada masalah nanti.." ringkas jawaban bos.

Yesss... aku plan cuti 2 bulan tanpa gaji mulai Jun hingga end of July 2014 ni.  Sehingga bulan Mei aku ada cuti yang layak diambil dan perlu diambil sebanyak 21 hari.  Daripada 21 hari ini aku telah ambil 7 hari kerana nak siapkan assignment dan release tention...bermakna aku ada 14 hari untuk habiskan cuti dalam bulan Mei.  Ini bermakna aku akan dapat gaji penuh pada bulan Mei dan tidak akan dapat gaji pada bulan Jun & Julai.  So...aku ada bulan feb, mac, april & mei untuk kumpul duit belanja bagi 2 bulan yang tak dapat gaji tu.  hmmmmmmm insyaaAllah boleh kot...

Banyaknyalah dugaan buat PhD ni...ikut hati memang dah tak tahan dah...mahu je aku berhenti sekarang...

Takpe aku cuba selagi boleh... Ya Allah permudahkanlah urusan ku mendapatkan PhD ni..

No comments:

Post a Comment