Friday, May 2, 2014

Kelas 1. Mengaji Alquran.. :)

Dah lama teringin nak tau mengaji alquran dengan bacaan yang betul... tapi kenapa tidak terlintas di hati untuk betul2 berusaha ke arah itu... Selama ini aku mengaji sendiri2 dengan berpandukan kepada kelas ngaji semasa kecil di kampung, ketika aku masih sekolah rendah... Tapi hati betul2 insaf dan terbuka untuk mengaji dengan bacaan yang betul semasa di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah..rasa terpukul melihat suasana jemaah yang mengaji sebelum solat dan sesudah solat... Aku ingin sekali berada bersama golongan itu..merasai ketenangan dan keseronok membaca Alquran...ilmu panduan yang Allah turunkan kepada umatNya termasuk aku.

Alquran & buku belajar tajwid..

Sebagai umat Islam yang percayakan Allah, semestinya kita tahu membaca Alquran dengan betul dan sepatutnya tahu apakah isi yang terkandung dalam Alquran...barulah kita tahu, faham dan nampak kenapa Alquran itu diturunkan kepada kita...betul tak?

Sehinggalah suatu hari... aku tak dapat nak membendung keinginan untuk mengaji Alquran ini, mengetahui bacaan yang betul dan mengetahui isinya... Alquran yang ada panduan tajwid dan wakaf, begitu terjemahan Alquran siap asbabun nuzul & hadis sahih dah aku beli...mengaji hari...tapi hati masih tertanya-tanya..tidak yakin..betul ke salah..aku terdengar ceramah agama di TV Alhijrah..."memang ramai yang boleh mengaji...tapi adakah betul atau tidak bacaannya...itu amat PENTING.." kata ustaz dalam tv tu..."kalau kita mengaji sedekah untuk ibu bapa yang telah meninggal...memang bagus sekali... tapi jika bacaannya salah, kesiankan ibubapa kita....."   Hmmmmm betul tu...ibarat buat kerja yang sia2 kerana bacaan yang salah tidak ada maknanya malahan mungkin akan membawa maksud yang sebaliknya...  Ya Allah..ampunkanlah aku...

"boleh tak tolong dengar saya baca Alquran ni.." tanyaku kepada seorang rakan di pejabat... Sesorang yang aku tak pernah bertegursapa..sekadar kenal pada wajahnya, dia baik, sopan...
"saya tak layak nak ajar orang ngaji ni...saya sendiripun belajar," jawabnya jujur.
"O ye ke? Kat mana?" segera aku ajukan soalan itu.
"Dekat Masjid Putrajaya, setiap Isnin pukul 8 mlm hingga 10.30 mlm..jomlah sekali," ajaknya ikhlas.
"Ok nanti nak ikut isnin depan ye..." sambut dengan gembira.   Seronoknyerrrrrrr....alhamdulillah Allah dah tunaikan salah satu dari hajatku...

 
Alquran yang mempunyai tanda warna2 pada ayat2 tertentu sebagai petunjuk untuk wakaf jika nafas tak cukup.. :)
 
Terjemahan Alquran jenama Humairah.. ada terjemahan, Asbabun Nuzul dan  hadis sahih... 


Tajwid...
Jommmmmm kita gi kelas mengaji Alquran   :))








Thursday, April 24, 2014

Pengurusan perniagaan 2 - SABUN & SOFTENER

Aku pertama kali diperkenalkan dengan sabun murah tapi OK ini dari adikku Ayu... sebelum ini aku sentiasa guna sabun berjenama terkenal kerana aku concern tentang kebersihan pakaian yang sudah dicuci.  Kalau pakai sabun serbun selalu berkesudahan baju aku bertompok2 putih... Tapi beli sabun cecair yang popular pulak harganya aku tak tahan...tapi hasilnya sama je.  Kalu tak diberus betul2 kotor masih ada.   Sabun yang adikku pekenalkan ini harga yang aku mampu tapi aku rasa sama je kualiti kebersihannya dengan sabun berjenama popular yang biasa aku guna sebelum ini..

Jadi....aku buat keputusan tukar kepada sabun ini dan sehingga kini sudah hampir 2 tahun aku serta beradikku yang lain masih lagi menggunakannya. 

Haaa....sekarang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan yang berminat..  perkenalkan pencuci dan pelembut pakaian berjenama SABUN &SOFTENER..  hehehe itulah jenamanya.



Nama-nama sabun & softener:
1.   Sabun / softener PINK - miliki haruman ROSE
2.   Sabun / Softner PURPLE - miliki haruman LEVENDER
3.   Sabun / softener KUNING - miliki haruman LEMON
4.   Sabun / softener BIRU - miliki haruman original

Berminat? Nak order?  ;) senang jerrr...

Kaedah jual-beli:
1.  Order melalui emel kepada  noorlina2010@yahoo.com
  •  Nyata warna sabun / softener yang anda suka.
  •  Nyata bilangan botol yang anda mahu.
  •  Attached slip bank-in bayaran sabun yang telah anda buat.
  •  Bank-in jumlah bayaran kos sabun / softener kepada akaun Maybank 155041712455 (HARLINA)
2.  Optss...  Tiada khidmat penghantaran atau pos, datang ambil sendiri di rumah saya OK.
3.  Harga/botol  = RM30 sebotol
4.  untuk pengetahuan anda... sabun ini dijual dalam botol yang standard size yang boleh diisi dalam lebih kurang 9-10 liter cecair.

Kawan saya telah order sabu / softener dari saya pernah cuba membeli secara online dari supplier lain tetapi kembali order dengan saya kerana dia dapati sabun yang dibeli itu cair dan kurang wangi berbanding dengan yang order dari saya.

Selamat mencuba  :)



  
















 


Sunday, February 2, 2014

Pengurusan masa 6

Tak boleh jadi ni..... sampai bila pulak offismate aku nak faham keadaan aku yang tunggang langgang dgn assignment dan perlu hantar proposal defend ni...? Sampai bila pulak aku nak minta dikecualikan dari sebarang aktiviti atau meeting... adoiiiii... sesak nafas...

"bos...aku terpaksa mohon cuti tanpa gaji, 2-3 bulan nak siapkan proposal untuk defend.  Aku kena defend proposal bulan Julai ni...  Sama ada ko setuju atau tidak aku tetap cuti tanpa gaji."  Keras je bunyi ayat2 aku...nasiblah bos, aku tengah tension ni.  Tolong jangan tambah tension yg semakin membukit dalam kepala aku ni...

"OK mohonlah...tp check dengan admin..takut ada masalah nanti.." ringkas jawaban bos.

Yesss... aku plan cuti 2 bulan tanpa gaji mulai Jun hingga end of July 2014 ni.  Sehingga bulan Mei aku ada cuti yang layak diambil dan perlu diambil sebanyak 21 hari.  Daripada 21 hari ini aku telah ambil 7 hari kerana nak siapkan assignment dan release tention...bermakna aku ada 14 hari untuk habiskan cuti dalam bulan Mei.  Ini bermakna aku akan dapat gaji penuh pada bulan Mei dan tidak akan dapat gaji pada bulan Jun & Julai.  So...aku ada bulan feb, mac, april & mei untuk kumpul duit belanja bagi 2 bulan yang tak dapat gaji tu.  hmmmmmmm insyaaAllah boleh kot...

Banyaknyalah dugaan buat PhD ni...ikut hati memang dah tak tahan dah...mahu je aku berhenti sekarang...

Takpe aku cuba selagi boleh... Ya Allah permudahkanlah urusan ku mendapatkan PhD ni..

Friday, January 10, 2014

Pengurusan masa 5

"Prof, saya nak mohon pertimbangan dari Prof untuk hantar assignments lewat 2-3 minggu, boleh?" menggeletar jari-jari aku menaip text dan wasap kpd Prof.  Besok dateline semua assignment 6 Jan.

"Lewat hantar dapat B je. Partner you Aida akan turun grade.  Kalau grade A, jadi A-. Kalau A-, jatuh grade jadi B+ dan seterusnya." balas Prof.  Terasa seperti aku telah dijatuhkan hukum mati gantung tak bertali....Ya Allah...tolonglah aku.

"Prof, saya tak kisah tak dapat A asalkan saya dapat teruskan pengajian...Tapi bacalah penjelasan saya ni:
1.  Kumpulan kami kecil je cuma berdua.  Dulu Radhi ada tapi Radhi dah drop subjek ni.  Group lain semua ramai ada 3-4 orang.  Kumpulan kecil macam kami perlukan masa yang lebih berbanding kumpulan lain.
2.  Saya bukan student sepenuh masa Prof.  Saya juga bekerja.  Saya faham prof bagi masa 3 minggu.  Tapi memang benar beberapa minggu kebelakangan ini saya macam-macam meeting dan lain-lain kena buat.  Jabatan nak mohon struktur/perjawatan baharu.  Jadi kena buat justifikasi dan hadir ke meeting2nya.
3.  Saya juga uruskan bapa saya yang dah uzur.
4.  Saya juga uruskan kereta yang rosak.
5.  Aida bagi kepada saya lewat untuk saya semak dan tambah paper pilot test kami."
Ku berharap sangat-sangat Prof boleh timbang-timbangkan.

"Sorry, saya memang strict pasal dateline ni.." robek dan luluh jantungku dengan jawapan ini.

Akukah yang bersalah...memang benar aku tidak pandai menguruskan masa.  Mungkin juga sebab aku tak sepandai orang lain tu yang jadi lembab sangat nak menyiapkan assignment.  Orang lain agaknya 1 hari dah siap. hmmmmmmmmmmm.. tak tahan!!!!! uwaaaaaaa...   :'(






Sunday, January 5, 2014

pengurusan perniagaan 1 - Telekung lycra berlace

Haa ini boleh bantu aku biaya kos pengajianku...bisik hatiku ketika melihatnya.... TELEKUNG LYCRA RENDA yg selama ini kuidam-idamkan untuk memakainya.

Kenapa telekung ini dan tidak yg lain?
Mudah aje jawapannya:
1. Tidak renyuk/berkedut2
2. Menutup mukaku n daguku dgn rapi n lembut
3. Tidak jarang
4. Amat lembut n selesa memakai
5. Labuh
6. Lace/rendanya lembut
7. Cantik
8. Harga yg berpatutan
Kesimpulannya telekung yg yang menutup aurat, selesa n meyakinkan.


Wahhhh...inilah perniagaanku secara kecil-kecilan. Aku tak mahu mark-up harga sampai tinggi.  Polisi perniagaanku ialah slim profit but fat in sales... maksudnya untung sedikit kerana harga yang rendah.  Harga rendah kerana aku ingin lebih ramai kaum sejenisku sama2 dapat memakai telekung ini.  Bila harga adalah berpatutan dan mampu untuk membelinya...pasti ramai yang akan mencarinya tambah lagi bila telah menggunakannya. Ya, objektifnya ialah aku mahu lebih ramai wanita dapat membelinya secara COD (cash on delivery)...tiada bayaran ansuran kerana aku telah letak harga yg rendah. Sudah tentu ada kos pos/pengangkutan.






Warna hitam idamanku...kain lycra yg lembu, menutup dagu, tidak jarang dan tak perlu memakai anak telekung.  Cukup mudah memakai n selesa. Aku yakin memakainya semasa solat2ku.


Pelbagai warna dan renda yg lembut 

Renda pada telekung adalah pelbagai design dan sentiasa berubah-ubah..
BERMINAT? BERKENAN? Boleh order mengikut pilihan warna di color palette ni...





Saturday, January 4, 2014

kura-kura dalam perahu

"Assalamualaikum En Mutawif. Saya nak tanya kalau kawan saya perempuan dan juga adalah saudara sebelah emak nak tido sebilik bersama saya dan ayah saya semasa umrah nanti boleh ke?  Adakah ayah saya dikira mahram kepada kawan saya?" soalan-soalan aku ajukan kepada mutawif ku...kesian pulak tengok kawan aku. Hari tu sebelum booking aku dah ajak g sama tak mau.

"Ina, kawan tu saudara adik-beradik ke sepupu ke dengan mak ke?" tanya en mutawif.
"eerrrmmmm bukan sepupu bukan adikberadik kira saudara sekampung la," jawapku spontan.
"oooii tak boleh tu sebilik dengan ina. Sebab ayah ina boleh nikah dengan kawan ina...walapun umur ayah ina dah 90 thn." jawabnya berseloroh.
"eehh ayah ina dah tak terdaya dah..dah tak larat tu," jawab ku ikhlas.
"hahahahaaa siapa kata dia tak larat...jangan...boleh lagi tu!" selamba aje jawapan en mutawif ni.
"hehehe kalau kawan ina tu umur 90 tahun sama-sama dah tak larat, boleh tak dia sebilik dengan ina dan ayah?" aku duga mutawif ni...
"tetap tak boleh ina oii...hukum adalah hukum." jawabnya tepat.  I likeeeee that phrase "hukum tetap hukum".  Sungguh terkesan dihati.

"Oklah. maknanya memang kawan ina tak boleh sebilik dengan ina.  Takpelah dia masuk bilik dengan orang lain lah en mutawif ye." keputusanku buat sendiri.

"Beritahu kawan tu...Saya bersedia untuk jadi mahram", tetiba en mutawif wasap aku.
"En mutawif bersedia jadi mahram yang macamana agaknya tu?" saja ku asak dia dengan soalan ni.
"Kura-kura dalam perahu." balasnya.  
Alamak apa pulak maknanya ni.   Kalau pisang emas dibawa belayar  aku taulah.  hmmm...
"mahram sepanjat hayat." sambungnya lagi.
Apasal tak berterus terang, kenapa mesti aku jawap teka-teki yang pelik ni.
"en mutawif, saya ni belajar akaunting je, Pepatah-petitih ni saya tak tau la," ku berterus-terang.
"kahwin ke?" tanya ku ingin kepastian.
"hehehe," gelak en mutawif.
"Gelak tu tidak menjawap soalan saya," noktah dariku.

En mutawif senyap tak membalas...hmmmmm sibuk uruskan jemaah umrah di KLIA yang akan ke Madinah petang ni.  Semoga Allah permudahkan urusan en mutawif di sana, amiin.

"kura-kura dalam perahu" bermain-main di fikiranku...




pengurusan kewangan 4

"Dukacita dimaklumkan permohonan geran tidak berjaya.." rosak, rosak, rosak plan aku. Manalah aku nak raba duit yuran pengajian next sem?  Ya Allah murahkanlah rezekiku..amiin"
Letih lah nak mengarang lagi untuk mohon geran research ni..kita penat karang n rancang orang lain plak yang guna untuk research dia...bosan.  hmmmmmmmmmm mana nak cari duit ni???