Tuesday, December 24, 2013

Pengurusan kewangan 2

POSTGRADUATE ACADEMIC CALENDAR FOR 2ND SEMESTERS PER ACADEMIC SESSION 2013/2014
(APPLIES IN UUM SINTOK)

Renewal of registration and course registration for returning postgraduate students  :   
12 February – 2 March 2014 (2 weeks)

Last day for students to settle the fees for the current semester: 

Termenung aku tengok jadual akademik postgraduate ni... 2 perkara timbul di hati.  Pertamanya: yesss seronoknya kalau dapat sambung belajar ke semester 2...bermakna aku telah lulus dengan jayanya 2 subjek wajib.  Keduanya:  mana nak ambik duit nak bayar yuran pengajian??? 

Hmmmmmmmmmmmmmm.....macamana nak buat ni?

17 Mac 2014 hari terakhir bayar yuran. Maknanya gaji bulan Februari boleh guna bayar yuran.  Tapi aku dah daftar gi umrah 8 Mac 2014.  Duit umrahpun masih terkial-kial nak cari.  Tak boleh batalkan umrah...itu ibadah dan aku sendiri memang perlu bermunajat di rumah Allah.  Aku rindukan suasana beribadah di Masjidil Haram tambah lagi kali ini nak pergi dengan ayah tersayang.  Bulan Mei 2013 aku pergi umrah dengan arwah Ibu tersayang...dan mendapat didikan yang terbaik dari Allah dan Ibu di sana.  Alhamdulillah..

OK berbalik semula kepada pengurusan kewangan 2 ini.  Macamana aku nak settlekan yuran pengajian bagi semester ke-2 ni?  Bonus dapat bulan Januari dah masuk peruntuk untuk gi umrah, tak boleh usik.  Potongan gaji ke tabung haji juga akan guna untuk gi umrah. Gaji Disember, Januari dan Februari juga adalah untuk gi umrah.  Duit sewa rumah juga untuk umrah.  Errmmm kat mana pulak nak raba duit yuran pengajian ni? Cuma RM1500 je pun aku tak mampu nampaknya...

Tangguh semester???

pengurusan masa 4

Macam tak percaya je.. dalam aku kelam kabut dengan mencari tiket bass ekspress, book bilik hotel n book kereta sewa...tup-tup aku dah berada di penghujung semester.  Cepatnya masa berlalu..proposal masih tak siap2.  Bos dah bantai bercuti 2 minggu plak.  Time2 nak mohon struktur baru nilah dia cuti panjang...2 minggu tu cukup lama kerana aku terpaksa memikul mana-mana kerja yang aku sendiripun tak berapa tau rasanya heheheee.  Yang aku risau ni masa langsung takde untuk assignment and writing proposal.

"Tahun depan U defend proposal tau!" sergah Prof Dr Sofian sambil matanya tajam memandang aku.  Tiba-tiba aku rasa diri aku semakin kecil di sebalik bajuku yang besar ni.  Kering rasa tekak berpeluh rasa ketiak! "Bulan bila U nak defend?"..."errmmm bula Mei 2014 saya defend," adoiiiii mulut ni kalau tak menjawab tak sah.. ambik kau, sempat ke bulan Mei? Rasa macam nak tukar ke bulan Disember 2014.  Kalau boleh pilih tarikh nak defend proposal pada 31 Disember 2014... Kena cari idea macamana nak merayu kat Prof yang aku nak defend proposal lewat tahun depan.

Masalahnya, aku ni lulus ke 2 subjek wajib tu? Memanglah kelas dah habis tapi assignment melambak tak hantar lagi...kena lulus B plak tu baru boleh sambung semester baru.  Kalu tak lulus B bakal say "bye bye" to PhD.  Markah B ialah 79-85 kalau tak silap aku...perrgghhh tinggi tu bang! Orang lain 80 dah A, ni aku 85 pun B?! Hmmmmmmmmmmm.....boleh dapat ke?  Ya ALLAH, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah urusan PhD ku ini. Amiin.


Saturday, December 21, 2013

pengurusan masa 3

"Please bare in mind that research for PhD is a process...not to win a noble prize!"  Alamak....Prof ni perli aku ni..."boleh buat tajuk tu tp 10 thn baru siap..." kata Prof lagi khas di tujukan kepadaku student yang paling tua dalam kelas.  10 tahun??? Errrmm aku dah pencen baru siap research...heheheeee aku tersengih2 malu di depan kelas. Lulus ke tak subjek ni? Aku tak kisah tak dapat A...luluspun dah Alhamdulillah. Janji aku boleh sambung pengajian ke semester berikutnya.

6 jan 2014 kena hantar tugasan kelas research method:
1. Proposal research bab 1 & 3
2. Open book test
3. Instrument dan analisis data pilot text.

Prof ni dah tau aku partime...masa memang amat terhad macam2 pulak lah dia nak..geramnyerrr... tapi bila fikir balik ada hikmahnya. Kalau takde tugasan ni semua jawabnya tutup terus research aku ni hahahaa.

Friday, December 20, 2013

Pengurusan masa 2

"Itu ialah senarai nama-nama yang belum hantar Tugasan Kelas Penulisan Akademik,"...terpapar dalam whatapps group Penulisan Akademik tu aku ada 3 lagi tugasan tak hantar...  Aikkss, bukan ke aku dah hantar tugasan 1? aku cuma belum hantar tugasan individu 2 dan individu 3 (dua2 menulis 1000 dan 4000 patah perkataan).  Hari selasa dah print dah 2-3 article journal nak review...ntah apasal aku kena plak wakilkan bos meeting struktur baru hari rabu sebab bos ada berkursus di Terengganu...macam la aku tau sangat benda tu.  Dan tak pasal jugalah aku kena ikut bos meeting perbincangan dengan JPA. Dan tak pasal jugak aku kena hadir meeting perbincangan justifikasi struktur baru huhuhuuuu.  Sampai ke petang.  Kul 5.30 baru balik.

Macamana aku nak siapkan tugasan2 ni?  Malam ni dah nak gi ambik ayah nak gi tidor kat rumah Fahmi di Seremban.  Pagi2 besok nak balik kampung, dah lama tak jengok rumah di kampung dan jengok kubur ibu. Weekend kali ini ialah waktu bersanggang dengan ayah...kesian ayah terperuk je kat flat PPR tu tak berjalan-jalan.  Kalau bukan kita anak2 yang bawak berjalan jawab ayah tak ke mana-mana.  Kesian ayah..sunyi ibu dah takde.  Takde teman nak berbual, bergurau dan bergaduh.  Boleh aku bayangkan kesunyian ayah.

Perbincangan ditutup dengan perbincangan ke-2 hari isnin depan, adoiiiii...selagi tak dibentangkan depan JPA ni selagi tu lah justifikasi kena dimantapkan.  Apakah kelemahan/kekurangan struktur sekarang maka kita memerlukan perubahan kepada struktur baharu.  

Nampaknya simpan dululah tugasan2 Penulisan Akademik ni.... :(

Thursday, December 19, 2013

Pengurusan kewangan

Sekali pergi kelas perlu duit dalam RM250.  Pecahannya:
 
                        1.   Tambang bas                 rm110
                        2.   Bilik hotel                      rm40   
                        3.   Sewa Kancil                  rm50
                        4.   Tambang teksi dari         rm24
                              Putra Central ke rumah
                        5.   Makan minum                rm30

Itu kalau tidak bermalam di Changlun.   Tiap2 minggu kena gi kelas sehingga habis semester.   Sebulan kena simpan sekurang2nya RM1000 khas untuk ke kelas di UUM.  Masalahnya aku tak dapat biasiswa penuh kerana belajar partime jer..nak mohon biasiswa penuh umur dah lebih had biasiswa penuh.


 Mampukah aku ni...gaji tak seberapa, hutang rumah, kereta, personal bank, kredit kad...hmmmmmm  :(
Keputusannya, tetap gi kelas dan pergunakan 20% dari kehadiran kelas untuk ponteng (hehehe) bagi cover perbelanjaan  bulanan yang ketat ni.  Of course kalau bajet cukup, aku takkan ponteng!





                                                                                                           


Pengurusan masa 1

"U kena ada pengurusan masa yang betul.." adoiiii....terasa macam penampar hinggap ke muka...itulah kata2 penyeliaku Prof. Dr. Sofian.  Ligat kotak kepala berfikir...pengurusan masakah yang menjadi masalah ku sekarang?   Rasanya duit paling penting, takde duit alamat tak ke kelas lah... 2 subjek wajib untuk PhD by Research. 

Tak taulah, menyesal ke suka ke takdir ke..."pokoknya kelas kena attend atau fail, pilihlah," lagi sekali kena penampar Prof.  Sakitnyaaaa kepala.  Mesti buat keputusan, berhenti atau teruskan.

Kena NEKAD dan TAWAKAL..aku daftar juga 2 subjek tu sebab aku nak juga PhD tu..ntah kemaruk apa aku pun tak tau..  Selesai 1 masalah.  Timbul masalah lain. Macamana nak gi kelas 400km jauhnya tu...? OK cari jadual subjek tersebut yang jatuh weekend je sebabnya aku bekerja Isnin-Jumaat. Selesai 1 lagi masalah timbul lagi masalah lain.  Macamana gi kelas di UUM Sintok Kedah, sedangkan aku tinggal dan bekerja di Putrajaya?  Selama ni ke hulu-ke hilir drive sendiri.  Nak drive kosnya kussss semangat, pergi-balik dah cecah RM600 belum masuk penginapan dan makan. 

Naik bas ekspress.  Ngerinyerr.. dah lebih 10 tahun tak naik bas, nak beli tiketpun pun dah tak tahu caranya heheheheee.  Ya, Allah tolonglah aku, kuatkanlah semangatku.  Apalagi, google lah! Tiket pertama bas ekspress ke Changlun, Kedah. Mahalnya RM110.00 pergi balik.  Jumaat malam kul 10 naik bas sampai Changlun kul 5 pg.  Balik Sabtu mlm kul 10 dan sampai Putrajaya kul 5pg.  Tawakal, niat baik nak pergi menimba ilmu kerana Allah ta'ala.  Mohon Allah lindungilah perjalananku dan permudahkan urusanku....UUM here I come!
















Wednesday, December 18, 2013

WARISAN DARI IBU

Hmmmmm....banyaknya! 3 almari tu padat dengan dia saja...mana nak letak? apa nak buat dengan baju2 ni...ya Allah berilah aku idea apa nak buat dengan baju2 pengantin yang banyak ni? dan perkakasannya..perlukan sebuah rumah kecil untuk penyimpanannya...Buntu kepalaku memikirkan..tapi rumah kecil ayah perlu dilapangkan kerana keadaan ayah yang telah uzur..barang2 yang banyak ini menyimpan habuk dan ayah perlukan udara yang sihat.  Ok aku setuju untuk mengambil kesemua baju pengantin termasuk perkakasannya sekali... Ini antara barang2 kesayangan ibu yang perlu ku jaga dan kembangkan maanfaatnya kepada mereka yang memerlukan.
 
Baju-baju pengantin pelbagai warna dan rekaan daripada tenunan songket...dan masih ada yang belum berjahit.  Sayangnya aku sendiri tak pandai pakai make-up inikan pula nak mengandam pengantin.  Perrggghh...menangislah pengantin tu nanti.  Something has to be done with all these wedding costumes...have to think harder and harder and harder!


Tuesday, December 17, 2013

Perpisahan...




tersentuh hatiku melihatmu...seandainya ku tahu saat perpisahan itu telah tiba...





Jom belajar lagi

Pada umurku 47...tak terfikir nak sambung belajar lagi... tapi aku mendaftar juga di salah sebuah universiti di Malaysia ni...I AM A STUDENT NOW! yessssza.. memang mencabar dan banyak yang dipelajari... Kenapa sambung belajar? Simple je jawapannyer...."saya suka ilmu"..Sempena minat ini saya ingin kongsikan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi bersama kawan-kawan semua di blog ini..Mudah-mudahan pengalaman dan ilmu ini dapat membantu dan permudahkan urusan kita dan sesiapa yang memerlukan..



                                         Klik link di sini untuk mengetahui program/bidang yang kita minat..

Ya, memang seronok menjadi pelajar diperingkat usia yang hampir setengah abad ni...rezeki Allah beri, alhamdulillah, ku teruskan dengan berbekalkan "Bismillah.." dan "tawakal" serta doa dan restu dari ibu ayah tercinta demi bangsa dan agama.  Mudah-mudahan nanti boleh menyumbang kepada ketamaddunan manusia.  Amiin.

"Permanent Head Damage"= PhD.  Uuuuu...gerun jer bunyinya. 

Antara kata-kata peransang yang terpahat di otakku:

"Betul ke ni Eena ko nak sambung PhD? Jangan hangat-hangat taik ayam...kalau betul ko nak buat, pasti ko buat sampai habis...kalau tidak itu membazir je!" kata-kata peransang dari adikku Net.
"wahhh...cayalah kngah, ko nak buat PhD! go for it!" kata-kata dari adikku, Ayu.
"uuuuu bestnyer, kakngah nak sambung jadi 'doktor'...seronoknya, kita doakan akak berjaya," kata-kata dari adik iparku, Aini.
"ya..pergilah belajar...ko tak kahwin lagi, duk rumah pun nak buat apa.." kata-kata peransang dari ibu tersayang.
"Eena nak belajar lagi ye...pergilah, ayah doakan eena berjaya.  Ayah sentiasa doakan anak-anak ayah berjaya asalkan pandai jaga diri," kata-kata hikmah penuh makna dari ayahanda tercinta...terus terbayang batas-batas yang perlu dijaga dan tidak boleh dilangkah... :))