"wah...dapat hadiah kamera!" jerit adik-beradik termasuk emak & ayah. Tak sangka aku boleh menang pulak pertanding photografi ni. Merdeka & Raya... tak pernah pergi mana-mana kursus photograpy & teknik menggunakan DSLR. Masa ambik gambar tu pun guna camera kawan, aku mmg tak mampu nak beli DSLR... tapi dah menang DSLR Nikon D3100, rezeki..rezeki..rezeki Allah nak bagi..tambah semangat nak .ni menang lagi.
Saturday, June 21, 2014
Saturday, May 17, 2014
Masakan emak
"Ayah dah lama tak rasa gulai ikan sembilang yg macam emak ko buat....," luahan rasa ayah... dah hampir 7bln emak pulang ke rahmatullah...sejak itu mmg ayah tak merasa air tangan emak lg..
"Ami gi beli ikan sembilan 1 kilo, santan kelapa 1 biji, kunyit hidup, lada hijau 10 biji, lada api...kngah nak buat gulai ikan sembilang masak lemak cili api, pucuk paku 2 ikan ye, ayah teringin nak makan," aku minta adikku pergi pasar. Aku pun dah lama tak asah skill memasak ni.. lagipun memang betul dah lama tak mkn gulai ikan sembilang ni...sedapnyerr..
Sebenarnya tak susah masak gulai ni. Beli ikan ni pun dah siap siang. Kita cuma bersihkan dan basuh dhn limau kasturi n garam. Gaul2 dlm 2-5 minit dan basuh...untuk hilangkan hanyir n lendir pada badan ikan. Yang leceh cuma menumbuk cili api n kunyit. Aku tak guna blender sebab rasa cili api n kunyit tu tidak sebati..otu lah gulai masak lemak cili api kalau beli di kedai nemang kurenggggg banyak..rasa macam makan air bukan gulai hehehee.
Ikan dah bersih n tos air, kerat 2 dan masuk dlm periuk. Cilipi api n kunyit yg dah ceruh (lumat) masukkan dlm periuk n gaul sebati dgn ikan. Campak 1 keping asam keping n perah limau kasturi 2-3 biji dlm periuk tu. Kemudian kecutkan ikan tu atas api yg kecil... dah kecut n lada api nampak dah masak...masukkan santan n garam... ramai tak tau bahawa gulai masak lemak cili api ni kalau garam n asam tak cukup dia akan bertaik minyak..santan tak masak rata.
![]() |
| Goreng pucuk paku...manis n lembut.. |
Gulai dah menggelegak baru masukkan lada hijau. Kecilkan api tunggu sehingga masak...
![]() |
| Gulai masak lemak cili api ikan sembilang ..menu popular di NS. |
Alhamdulillah..ayah beriya makan gulai ni...
the green wings dragonflies
"Jom bawak ayah gi lepak kat kaki gunung nuang, hulu langat...main air sungai...udara segar n nyaman...haaaaa," ajak adikku Net.
Pucuk dicita ulam mendatang....Let's go!
"Aku tak pernah sampai ke situ..apa yg best?" tanyaku penuh harapan.
"Tu tempat org jungle tracking...bawah tu ada sungai...saja bawak ayah rasa kesegaran hutan n sungai plak," jelas Net.
"Oooo ni tempat net jungle tracking dgn kawan2 ye...tp kereta boleh naik ke situ ke?" Tanyaku lg.
"Boleh lah...ada chalet utk trackers bermlm," jawab net.
![]() |
| Tempat berkumpul para trackers sblm jungle tracking... cantik n segar |
![]() |
| Sungai pangsun yg jernih n sejuk... |
Monday, May 12, 2014
Pengurusan Perniagaan Telekung lycra renda istimewa - sama tp tak serupa
Ya betul...di pasar mlm...di facebook...di booth di celah2 ofis mahu dlm ofis...nampak sama dan dijual harga yg lebih murah.
"Tengoklah...saya jual rm90 je..," tawarnya kpd ku.
Hmmmm murah skit dr telekung yg aku jual... Tapi Opptss... nanti dulu.TAK SERUPA sebenarnya... material especially, kain telekung lycra renda yg aku jual ni lebih halus dan sedikit berkilat.. harga lycra jenis ini mmg agak mahal berbanding jenis lycra biasa...kualitinya lebih baik lg... :))
Monday, May 5, 2014
Rekreasi minda 1: Pantai Pengkalan Balak, Melaka
"Jom kita bawak ayah gi berehat cuti2 kat pantai nak?" cadangan dari adikku Fahmi.
"Kesian tengok ayah tak berjalan-jalan asik duk je kat rumah..." sambungnya lagi.
"OK..jom tapi kngah nak chalet yang buka pintu terus nampak laut..." sambutku cepat.
"Jom kita gi pantai Pengkalan Balak. Kat sana byk chalet semuanya dekat dengan pantai dan banyak kedai makanan Melayu. Anak2 nak gi mandi lautpun dekat je depan chalet. Ayah tentu suka boleh duduk baca suratkhabat kat tepi pantai sambil tengok cucu2nya main pasir dan maindi laut.." tambahku lagi.
"Kalau boleh nak kedai makan yang dekat dengan chalet jg...kita kena ambikira faktor ayah tak boleh jalan jauh...kesian ayah," sambungku lagi.
Dalam masa yang sama aku perlu menghirup udara yang lain daripada di ofis dan di rumah...rekreasi minda supaya otak kepala ni rasa lega dan relax...untuk dapatkan semula mood membaca dan berfikir untuk research.
"Kau kena juga sekali-sekala pergi berjalan-jalan keluar bagi otak tu rehat, release tension dan santai... Tak boleh paksa fokus je pada research, bahaya tau...nanti putus wayar lansung tak boleh buat apa2..," seloroh Dr Zam-Zam, rakan sepejabat yang dah dapat 'DR'. "eh...saya bagitau ni betul ni...kena adakan masa rekreasi minda, rehat untuk melegakan otak. Kemudian sambung balik buat research tu...jaga kesihatan." nasihat ikhlas dari Dr Zam-Zam.
Isshhhhkkk...takut aku putus wayar. Oklah tu elok sangat cadangan fahmi gi bawak ayah berehat di tepi antai...akupun boleh berehat sama, relaxkan fikiran. Tak rugi apapun..sebaliknya untung berganda! Untung kerana dapat gembirakan hati ayah, adik2 dan anak-anak buah. Untung kerana aku sendiripun sama dapat tenangkan fikiran. Untung di dunia dapat dan untung di akhiratpun dapat juga..yesss!
Pantai Pengkalan Balak here we come!!

| Santai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah... |
Friday, May 2, 2014
Kelas 1. Mengaji Alquran.. :)
Dah lama teringin nak tau mengaji alquran dengan bacaan yang betul... tapi kenapa tidak terlintas di hati untuk betul2 berusaha ke arah itu... Selama ini aku mengaji sendiri2 dengan berpandukan kepada kelas ngaji semasa kecil di kampung, ketika aku masih sekolah rendah... Tapi hati betul2 insaf dan terbuka untuk mengaji dengan bacaan yang betul semasa di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah..rasa terpukul melihat suasana jemaah yang mengaji sebelum solat dan sesudah solat... Aku ingin sekali berada bersama golongan itu..merasai ketenangan dan keseronok membaca Alquran...ilmu panduan yang Allah turunkan kepada umatNya termasuk aku.
Sebagai umat Islam yang percayakan Allah, semestinya kita tahu membaca Alquran dengan betul dan sepatutnya tahu apakah isi yang terkandung dalam Alquran...barulah kita tahu, faham dan nampak kenapa Alquran itu diturunkan kepada kita...betul tak?
Sehinggalah suatu hari... aku tak dapat nak membendung keinginan untuk mengaji Alquran ini, mengetahui bacaan yang betul dan mengetahui isinya... Alquran yang ada panduan tajwid dan wakaf, begitu terjemahan Alquran siap asbabun nuzul & hadis sahih dah aku beli...mengaji hari...tapi hati masih tertanya-tanya..tidak yakin..betul ke salah..aku terdengar ceramah agama di TV Alhijrah..."memang ramai yang boleh mengaji...tapi adakah betul atau tidak bacaannya...itu amat PENTING.." kata ustaz dalam tv tu..."kalau kita mengaji sedekah untuk ibu bapa yang telah meninggal...memang bagus sekali... tapi jika bacaannya salah, kesiankan ibubapa kita....." Hmmmmm betul tu...ibarat buat kerja yang sia2 kerana bacaan yang salah tidak ada maknanya malahan mungkin akan membawa maksud yang sebaliknya... Ya Allah..ampunkanlah aku...
"boleh tak tolong dengar saya baca Alquran ni.." tanyaku kepada seorang rakan di pejabat... Sesorang yang aku tak pernah bertegursapa..sekadar kenal pada wajahnya, dia baik, sopan...
"saya tak layak nak ajar orang ngaji ni...saya sendiripun belajar," jawabnya jujur.
"O ye ke? Kat mana?" segera aku ajukan soalan itu.
"Dekat Masjid Putrajaya, setiap Isnin pukul 8 mlm hingga 10.30 mlm..jomlah sekali," ajaknya ikhlas.
"Ok nanti nak ikut isnin depan ye..." sambut dengan gembira. Seronoknyerrrrrrr....alhamdulillah Allah dah tunaikan salah satu dari hajatku...
Jommmmmm kita gi kelas mengaji Alquran :))
![]() |
| Alquran & buku belajar tajwid.. |

| Alquran yang mempunyai tanda warna2 pada ayat2 tertentu sebagai petunjuk untuk wakaf jika nafas tak cukup.. :) |
![]() |
| Terjemahan Alquran jenama Humairah.. ada terjemahan, Asbabun Nuzul dan hadis sahih... |
![]() |
| Tajwid... |
Thursday, April 24, 2014
Pengurusan perniagaan 2 - SABUN & SOFTENER
Aku pertama kali diperkenalkan dengan sabun murah tapi OK ini dari adikku Ayu... sebelum ini aku sentiasa guna sabun berjenama terkenal kerana aku concern tentang kebersihan pakaian yang sudah dicuci. Kalau pakai sabun serbun selalu berkesudahan baju aku bertompok2 putih... Tapi beli sabun cecair yang popular pulak harganya aku tak tahan...tapi hasilnya sama je. Kalu tak diberus betul2 kotor masih ada. Sabun yang adikku pekenalkan ini harga yang aku mampu tapi aku rasa sama je kualiti kebersihannya dengan sabun berjenama popular yang biasa aku guna sebelum ini..
Jadi....aku buat keputusan tukar kepada sabun ini dan sehingga kini sudah hampir 2 tahun aku serta beradikku yang lain masih lagi menggunakannya.
Haaa....sekarang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan yang berminat.. perkenalkan pencuci dan pelembut pakaian berjenama SABUN &SOFTENER.. hehehe itulah jenamanya.
Nama-nama sabun & softener:
1. Sabun / softener PINK - miliki haruman ROSE
2. Sabun / Softner PURPLE - miliki haruman LEVENDER
3. Sabun / softener KUNING - miliki haruman LEMON
4. Sabun / softener BIRU - miliki haruman original
Berminat? Nak order? ;) senang jerrr...
Kaedah jual-beli:
1. Order melalui emel kepada noorlina2010@yahoo.com
3. Harga/botol = RM30 sebotol
4. untuk pengetahuan anda... sabun ini dijual dalam botol yang standard size yang boleh diisi dalam lebih kurang 9-10 liter cecair.
Kawan saya telah order sabu / softener dari saya pernah cuba membeli secara online dari supplier lain tetapi kembali order dengan saya kerana dia dapati sabun yang dibeli itu cair dan kurang wangi berbanding dengan yang order dari saya.
Selamat mencuba :)

- Nyata warna sabun / softener yang anda suka.
- Nyata bilangan botol yang anda mahu.
- Attached slip bank-in bayaran sabun yang telah anda buat.
- Bank-in jumlah bayaran kos sabun / softener kepada akaun Maybank 155041712455 (HARLINA)
3. Harga/botol = RM30 sebotol
4. untuk pengetahuan anda... sabun ini dijual dalam botol yang standard size yang boleh diisi dalam lebih kurang 9-10 liter cecair.
Kawan saya telah order sabu / softener dari saya pernah cuba membeli secara online dari supplier lain tetapi kembali order dengan saya kerana dia dapati sabun yang dibeli itu cair dan kurang wangi berbanding dengan yang order dari saya.
Selamat mencuba :)
Subscribe to:
Posts (Atom)