"Ayah dah lama tak rasa gulai ikan sembilang yg macam emak ko buat....," luahan rasa ayah... dah hampir 7bln emak pulang ke rahmatullah...sejak itu mmg ayah tak merasa air tangan emak lg..
"Ami gi beli ikan sembilan 1 kilo, santan kelapa 1 biji, kunyit hidup, lada hijau 10 biji, lada api...kngah nak buat gulai ikan sembilang masak lemak cili api, pucuk paku 2 ikan ye, ayah teringin nak makan," aku minta adikku pergi pasar. Aku pun dah lama tak asah skill memasak ni.. lagipun memang betul dah lama tak mkn gulai ikan sembilang ni...sedapnyerr..
Sebenarnya tak susah masak gulai ni. Beli ikan ni pun dah siap siang. Kita cuma bersihkan dan basuh dhn limau kasturi n garam. Gaul2 dlm 2-5 minit dan basuh...untuk hilangkan hanyir n lendir pada badan ikan. Yang leceh cuma menumbuk cili api n kunyit. Aku tak guna blender sebab rasa cili api n kunyit tu tidak sebati..otu lah gulai masak lemak cili api kalau beli di kedai nemang kurenggggg banyak..rasa macam makan air bukan gulai hehehee.
Ikan dah bersih n tos air, kerat 2 dan masuk dlm periuk. Cilipi api n kunyit yg dah ceruh (lumat) masukkan dlm periuk n gaul sebati dgn ikan. Campak 1 keping asam keping n perah limau kasturi 2-3 biji dlm periuk tu. Kemudian kecutkan ikan tu atas api yg kecil... dah kecut n lada api nampak dah masak...masukkan santan n garam... ramai tak tau bahawa gulai masak lemak cili api ni kalau garam n asam tak cukup dia akan bertaik minyak..santan tak masak rata.
![]() |
Goreng pucuk paku...manis n lembut.. |
Gulai dah menggelegak baru masukkan lada hijau. Kecilkan api tunggu sehingga masak...
![]() |
Gulai masak lemak cili api ikan sembilang ..menu popular di NS. |
Alhamdulillah..ayah beriya makan gulai ni...